Thursday, June 9, 2016

Perkara-perkara Yang Membatalkan Puasa


"Setiap amalan kebaikan yang dilakukan oleh manusia akan dilipatgandakan dengan sepuluh kebaikan yang semisal hingga tujuh ratus kali lipat. Allah Ta'ala berfirman (yang artinya), "Kecuali amalan puasa. Amalan puasa tersebut adalah untuk-Ku. Aku sendiri yang akan membalasnya. Disebabkan dia telah meninggalkan syahwat dan makanan karena-Ku. Bagi orang yang berpuasa akan mendapatkan dua kegembiraan yaitu kegembiraa ketika dia berbuka dan kegembiraan ketika berjumpa dengan Rabbnya. Sungguh bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kasturi." (HR. Muslim no. 1151)

Harini opi nak share serba sedikit mengenai perkara-perkara yang membatalkan puasa . Mungkin ada yang dah tahu, mungkin juga belum lagi mengetahuinya. Tidak salah untuk berkongsi benda baik :) Jom baca perkara-perkara sunat, makruh yang boleh membatalkan puasa anda. Kalau dah terbuat, lepas ni jangan buat lagi tau. Praktik kan dalam aktiviti harian anda! :)


Perkara-perkara yang membatalkan puasa:
a)      makan dan minum dengan sengaja
b)      mengeluarkan air mani dengan sengaja
c)      haid, nifas dan wiladah(melahirkan anak)
d)      muntah dan memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja
e)      melakukan persetubuhan
f)        gila walaupun sebentar
g)      murtad
h)      berbuka sebelum yakin masuk waktu Maghrib

Kat atas tu , opi senaraikan perkara-perkara yang membatalkan puasa, sekarang opi senaraikan perkara perkara yang tidak membatalkan puasa korang. Cuba tengok..

Perkara yang tidak membatalkan puasa:
a)      Menelan air liur yang bersih dan bagi orang yang selalu berdarah gusinya adalah dimaafkan.
b)      Bersuntik
c)      Tidur walaupun sepanjang hari
d)      Termasuk debu atau lalat ke dalam rongga
e)      Tertelan air yang dikumur tanpa sengaja

Perkara-perkara sunat puasa:
a)      membanyakkan membaca al-Quran
b)      mandi junub sebelum fajar
c)      melewatkan sahur waktu imsak
d)      berbuka dengan buah tamar dan benda manis
e)      membanyakkan sedekah
f)        solat terawih
g)      segera berbuka bila masuk waktu

Perkara-perkara makruh puasa:
a)      berkumur-kumur dengan keterlaluan
b)      merasa makanan dengan lidah
c)      bercakap perkara-perkara buruk dan keji
d)      memasukkan air yang berlebihan ketika berwuduk
e)      gosok gigi setelah gelincir matahari
f)        mencium isteri
g)      menderma darah

Terima Kasih kerana membaca :)

No comments:

ZALORA COMMUNITY CONTRIBUTOR BADGE

ash_tsukidate.blogspot.my review

ShoutBox

Powered by Blogger.